Khamis, 28 Februari 2013

AUDIT KUKU ANDA



Hari ni belek-belek kuku.  Dah lama tak buat manicure dan pedicure semenjak kuku saya semakin sihat dan berkilau.

Kuku yang sihat kebiasaannya berwarna merah muda. Warna dan tanda-tanda pada kuku juga kadangkala digunakan untuk mendiagnosis pesakit.
Berikut 10 tanda-tanda pada kuku yang berkemungkinan menunjukkan masalah pada kesihatan.

  1. Kuku berwarna putih: Penyakit hati seperti hepatitis.
  2. Kuku kekuningan, tebal dan tumbuh dengan perlahan: Penyakit paru-paru seperti emfisema.
  3. Kuku kekuningan dengan sedikit merah pada dasarnya : Diabetes.
  4. Kuku berwarna separuh putih dan separuh merah jambu : Penyakit buah pinggang.
  5. Dasar kuku (nail beds) berwarna merah: Penyakit jantung.
  6. Dasar kuku pucat atau berwarna putih: Anemia.
  7. Permukaan kuku berlekuk: Psoriasis atau keradangan arthritis.
  8. Clubbing – penebalan tisu-tisu pada dasar kuku: Penyakit paru-paru.
  9. Garisan merah tidak sekata pada dasar lipatan kuku (nail fold): Lupus atau penyakit tisu penyambung.
  10. Garisan hitam di bawah kuku : Melanoma.


Cuba lihat kuku anda. Ada tak kuku anda mengalami tanda-tanda di atas ?
Kalau tiada, Alhamdulillah...amalkan minum air masak secara berterusan agar toksin dapat dibuang dari badan dan menjamin kesihatan kita.

Tips Penjagaan Kuku
  1. Jangan salah gunakan kuku. Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil, menebuk, atau mengumpil sesuatu.
  2. Jangan gigit kuku anda atau mengorek kutikel. Perbuatan ini boleh merosakkan isi kuku. Bahkan torehan yang kecil di hujung kuku akan membenarkan bakteria atau kulat masuk dan mengakibatkan jangkitan. Oleh sebab pertumbuhan kuku yang perlahan, kuku yang cedera meninggalkan kesan yang lama sehingga beberapa bulan.
  3. Lindungi kuku anda. Pakai sarung tangan yang selamat apabila menggunakan air sabun serta bahan kimia dalam jangka masa yang lama.
  4. Lakukan penyelenggaraan. Rapikan kuku dan bersihkan bahagian di bawah kuku selalu. Gunakan pengetip kuku yang tajam dan kertas emeri yang sesuai untuk melicinkan kuku. Jangan sesekali menarik kuku yang separa terpotong kerana melakukannya selalu boleh menyebabkan kulit terkoyak.
  5. Lembapkan kuku selalu kerana kuku juga perlu dilembapkan seperti kulit.

Kuku yang sihat juga boleh diperolehi daripada pemakanan yang betul.

Nak tahu bagaimana nak dapatkan kuku yang sihat dan berseri?
Jom, tanya saya sekarang dan InsyaAllah ada banyak tips kesihatan dan kecantikan yang boleh saya kongsikan bersama anda.

Linda Ismail (ID:866459)email : sihatdengansaya@gmail.comsms|phone|whatsapp : 012-940 1604facebook : www.facebook.com/sihatdengansaya 

Selasa, 26 Februari 2013

OMEGA GUARD - Buy 6 free 1

Promosi Bulan Febuari 2013
Omega Guard
Untuk Minda Lebih Cerdas, Untuk Kurus pun Boleh
Sangat Berbaloi Untuk Kesihatan Jantung Anda
Buy 6 Free 1 - Tinggal 2 hari sahaja



Hubungi saya untuk lebih tips kesihatan dan kecantikan.
Linda Ismail (SID:866459)
TEL | SMS | WHATSAPP : 012-940 1604
Email : sihatdengansaya.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM

Name:
Contact No
Email Address:
Payment Method
Delivery Method
Mailing Address
List of Item/Quantity

Form provided by Freedback.