Apakah Bone Mass atau Jisim Tulang?
Jisim tulang merujuk kepada jumlah isipadu tentu galian/mineral di dalam tulang (kebanyakannya kalsium dan fosforus). Jisim tulang juga dipanggil ketumpatan tulang atau kepadatan mineral tulang (BMD). Seseorang dengan ketumpatan tulang yang rendah adalah berisiko tinggi untuk mengalami patah atau osteoporosis.
Apakah Osteoporosis?
Penyakit rapuh tulang atau dikenali sebagai Osteoporosis ialah kehilangan atau pengurangan ketumpatan, jisim (kepadatan) dan kekuatan tulang. Osteoporosis juga merupakan satu penyakit di mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Tempat yang biasa terjadi ialah di bahagian tulang belakang, pinggul dan pergelangan tangan.
Apakah itu tulang?
Tulang merupakan struktur yang hidup. Kekerasan dan kualiti mineralnya terhasil dari tindakan sel-sel tulang. Pengurangan kekuatan dan ketumpatan tulang inilah yang menyebabkan Osteoporosis. Dalam kes Osteoporosis, tulang menjadi berliang, tidak kuat dan mudah retak/patah walaupun dari kesan kecederaan yang kecil dan ringan.
Siapakah yang mudah mendapat osteoporosis ?
Anda mungkin menganggap bahawa hanya wanita yang tua, yang putus haid atau mereka yang telah membuang ovari merupakan sasaran keadaan ini. Memang ada kebenarannya. Tidak dapat kita nafikan bahawa hormon merupakan penyebab penting dan wanita yang berumur 35 tahun ke atas merupakan golongan yang berisiko tinggi, tetapi banyak faktor lain juga menyumbang kepada kejadian osteoporosis ini. Di bawah ini disenaraikan faktor-faktor yang perlu anda ketahui :
• Kekurangan kalsium yang berpanjangan atau sindrom kurang keupayaan penyerapan usus
• Paras estrogen yang rendah selepas putus haid (menapous) atau selepas pembuangan ovari
• Tidak melakukan senaman atau tidak aktif
• Merokok
• Pengambilan alkohol yang banyak
• Pengambilan kafein yang banyak dari minuman kopi, teh dan sebagainya
• Mengguna ubat mengandungi steroid untuk jangka waktu yang sangat lama
• Faktor bangsa : keturunan Asia dengan bentuk rangka tubuh yang kecil
• Pengeluaran hormon adrenal atau tiroid yang berlebihan.Pencegahan
Disyorkan cara-cara untuk mencegah jisim tulang yang rendah termasuk
• makan makanan yang mengandungi banyak kalsium dan vitamin D
• melakukan senaman penampung berat (seperti berjoging berjalan, atau menari)
• tidak merokok dan tidak meminum alkohol berlebihan.
Jika anda mempunyai osteopenia, doktor anda mungkin mencadangkan ubat-ubatan untuk mengelakkan kehilangan jisim tulang yang lebih yang boleh membawa kepada osteoporosis.
Cadangan Suplemen OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan