TAHUKAH ANDA?
KUKU
Kuku bertumbuh atau memanjang pada setiap masa, tetapi kadar pemanjangannya bergantung kepada faktor usia, jantina, musim, tahap latihan, suhu badan, diet, dan keturunan.
Kuku jari tangan tumbuh dengan lebih cepat pada kadar 3mm sebulan berbanding kuku kaki yang memanjang pada kadar 1mm sebulan.
Ini bermakna, kuku tangan mengambil masa kira-kira 3-6 bulan untuk tumbuh sepenuhnya menggantikan kuku yang lama, manakala kuku kaki memerlukan masa antara 12-18 bulan.
Berbeza dengan kepercayaan umum, kuku (dan rambut) sebenarnya tumbuh selepas seseorang itu mati,iaitu apabila kulit menjadi kering dan mengecut.
Rekod pertumbuhan ini boleh menunjukkan sejarah kesihatan dan ketidakseimbangan fisiologi seseorang, dan telah digunakan sebagai bahan diagnostik sejak zaman purba lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan