Ahad, 30 Jun 2013

TIPS HILANGKAN GAGAP ANAK



Kaedah ini saya dapat daripada sepupu saya yang mengajar di sebuah taska di Ampang. Pada mulanya saya pun tak perasan yang anak saya ada masalah pertuturan. Saya ingatkan itu masalah biasa di kalangan kanak-kanak sekitar umur 2 hingga 3 tahun yang baru belajar membina ayat.
Sehinggalah suatu hari sepupu saya datang ke rumah dan menegur saya tentang pertuturan Muhammad yang agak gagap bila berkata-kata. Antara perkataan yang sukar disebut oleh Muhammad ialah ‘ayah’, ‘makan’, ‘sakit’ dan beberapa perkataan lain.

APA ITU GAGAP?

Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan (biasanya) huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Sebagai contoh, gagap pada perkataan "meja" akan menjadi samaada "m-m-m-m-...m-meja" or "me-me-me-me-...-me-meja". Ini biasanya berlaku dengan fenom bermula dengan /p/, /b/ atau konsonent plosiveyang lain. Gagap merupakan proses luar sedar yang membantutkan komunikasi biasa. Walaupun terdapat teknik bantu diri yang boleh diajar , dan dapat membantu sesetengah orang, mereka yang gagap tidak dapat menghentikan proses tersebut, dan kerisauan atau kegelisahan meningkatkan lagi masaalah tersebut. Dalam bahasa Inggeris British iatilah stammering digunakan bagi merujuk kepada tersekat dan terhenti-henti pada sesuatu perkataan atau syllablessementara istilah stuttering digunakan bagi merujuk kepada pertuturan berulang seperti digambarkan di atas.
(sumber: Wikipedia)


APAKAH PUNCA GAGAP?

Biasanya, gagap bermula awal sedikit sebelum remaja, dan kadang kala ia hilang selepas baligh. Bagaimanapun, jika ia berterusan sehingga usia matang, ia biasanya kekal selama-lamanya. Ia tiga kali lebih cenderung kepada kanak-kanak lelakiberbanding kanak-kanak perempuan untuk menghadapi masaalah ini. Gagap boleh dirawat melalui terapi pertuturan, tetapi keputusannya berbeza-beza. Biasanya, masalah boleh berkurangan, tetapi tidak terdapat cara objektif untuk mengukur keputusannya

KAEDAH PENGUBATAN MASALAH GAGAP

Secara amnya saya tidak pasti tentang kaedah perubatan dari segi teknikal untuk mengubati gagap. Namun apa yang dapat saya kongsikan di sini ialah dengan menggunakan trampoline. Sepupu saya biarkan anak-anak asuhan yang ada masalah gagap menggunakan trampoline untuk melompat kerana ia membantu menghilangkan masalah gagap.
sumber : Google Image

Bagaimanapun persekitaran rumah yang terhad tak mengizinkan saya untuk membeli trampoline. Pilihan saya; biarkan anak melompat atas katil! Itu yang termampu saya buat tetapi Alhamdulillah kesannya sangat positif buat anak saya. Selama lebih kurang 1 bulan saya biarkan Muhammad melompat setiap kali selepas mandi, sambil menunggu saya pakaikan baju Haqeem. ‘Terapi’ melompat ini walaupun nampak remeh, namun ianya telah mengubah Muhammad untuk bertutur dengan lancar.

Terima kasih buat sepupu saya, Ayu yang banyak memberikan tunjuk ajar!
Syukur juga kepada Allah kerana mengkurniakan anak-anak yang sihat kepada saya. Alhamdulillah.

*Mahukan anak anda bebas dari selsema?
Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah:
Linda Ismail (SID: 866459)
TEL | SMS | WHATSAPP : 012-940 1604
Email : sihatdengansaya@gmail.com
Facebook : http://www.facebook.com/SihatDenganSaya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM

Name:
Contact No
Email Address:
Payment Method
Delivery Method
Mailing Address
List of Item/Quantity

Form provided by Freedback.